PERSEMBAHAN
Bermacam-macam persediaan dilakukan sebelum Dikir Barat dipersembahkan.
(a) Menempah tukang karut dan juara. Jikalau satu-satu pertunjukkan dikir barat itu dianjurkan oleh satu-satu badan,terpulanglah kepada penganjur itu menempah tukang karut dan juara yang sesuai untuk persembahan dikir barat itu. Awak-awak tidak payah ditempah kerana tiap-tiap juara sudah mempunyai awak-awaknya sendiri. Selalunya penganjur inginkan tukang karut dan juara yang popular. Penganjur akan menempah tukang karut dan juara sama ada di rumahnya sendiri,melalui orang tengah ,di tempat mereka sedang menunjukkan permainan ataupun dimana-mana mereka berjumpa.
(b) Mendapat Kebenaran Bermain Satu lagi tugas penganjur ialah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa sepertiPenghulu, penggawa, pegawai Polis dan Ketua jajahan Daerah.
(c) Iklan-iklan ditampal, disebar dan didedahkan di sekitar kawasan kampung dalam bahasa atau loghat daerah. Walau bagaimanapun pengumunan melalui pembesar suara sangat popular. Pihak penganjur akan pergi ke kampung-kampung yang berdekatan pada petang itu dan memberitahu yang permainan tersebut akan diadakan di kampung yangtertentu. Di antara pengumumannya berbunyi begini:"jange lupa adik kakok ini male Dikir Barat di pade Stadium Sultan Muhammad Ke IV,Kota Baru. Tok Jora dea Tukang karut tersohor seluruh Kelate, Jen Endoro, Megat Nordin, dan ghama lagi. Dikir Barat Rekod Dunia... jange lupa, datelah beghama-ghama"
(d) Tempat bermain. Permainan Dikir Barat di atas Pentas. Bentuk pentas mengikut corak permainannya itu.
(i) Bangsal Atau pentas Untuk pertunjukan Percuma Jika permainan ini dipertunjukkan dihari-hari perayaan atau majlis-majlis perkhawinan maka bangsal atau pentasnyadiperbuat tinggi kira-kira 4 kaki. Pertunjukan ini percuma dana semua penonton dapatmelihat dari jauh. Bangsal ini biasanya dibuat daripada buluh berlantaikan papan dan beratapkan daun kelapa.
(ii) Bangsal Atau Pentas Untuk Pertunjukan Yang Dikenakan BayaranKadangkala ada juga penganjur yang menganjurkan permainan ini dengan tujuan mengutip wang. penonton dikenakan bayaran masuk. Pentas dibuat sempurna supaya semuanya dapat menonton