Awak-Awak
Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat.Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak.Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun kelaut dalam sebuah perahu di bawah jaggan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yangdi bawah jagaan ketua mereka, Juara.