ALAT-ALAT DIKIR BARAT
Pada peringkat awal perkembangan, persembahan dikir barat hanya menggunakan satu alat adiofon sahaja iaitu kecerek iaitu keping-keping buluh yang diketuk bersama untuk menghasilkan rentak irama dikir barat. Mereka juga tidak perlu bertepuk tangan tetapi dikehendaki meletakkan kedua belah tangan ke pipi masing-masing bagi menguatkan suara. Sekarang persembahan dikir barat menggunakan ensembel yang menggunakan alat terdiri daripada tetawak, dua biji rebana (ibu dan anak), sepasang rumbia (marakas),canang dan kerci. Alat-alat muzik dipilih oleh juara yang merekakan rentak untuk suatu persembahan dikir barat.