PENGENALAN
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud dikalangan masyarakat biasa di kampung – kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yangdiketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak - awak sebagai suara latar dengan suarayang kuat dan lantang.Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan.Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga dimajlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang.Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yanglain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.Perkataan Dikir ialah hasil dari 2 kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair.Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya.Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di SelatanThai dengan Dikir Karut