PEMBAHARUAN DALAM DIKIR BARAT
Semenjak pihak RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) menyiarkan Dikir Barat ini sebagai salah satu rancangannya dan juga semenjak diadakan pertandingan Dendang Rakyat yang sekarang ini dikenali sebagai Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan, Dikir Barat ini mengalami beberapa proses perubahan dari beberapa segi. Perubahan dan pembaharuan terdapat di dalam bentuk pakaian, tempat, cara persembahan dan juga lagu-lagu yang didikirkan.Pada asalnya tidak ada pakaian seragam di dalam permainan dikir barat, tapi sejak kebelakangan ini dan sejak diadakan pertandingan Dikir Barat dalam Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan kebanyakan pasukan Dikir Barat ada mempunyai pakaian seragam bagi kumpulan masing-masing.Lagu-lagu yang didikirkan kebanyakannya bertemakan pembangunan, dasar ekonomi baru kerajaan, pembelajaran, perpaduan, kebudayaan dan lain-lain. Tidak terdapat lagu-lagu berunsur lucah didikirkan seperti beberapa tahun yang lalu.Di peringkat antarabangsa pula, dikir barat telah menjadi aktiviti para muda mudi diSingapura. Dikir barat di sana begitu hebat aktivitinya sehinggakan terdapat lebih daripada 5 pertandingan sepanjang tahun dan dijalankan secara komersial dan besar besaran.Untuk mengekalkan budaya dikir barat di Malaysia, pertandingan di peringkat sekolah telah diadakan pertandingan ini setiap tahun yang mana diselitkan dalam Karnival Seni Pencegahan Dadah.